SOP dan Garis Panduan jika anda ingin Bercuti ke Langkawi

Pulau Langkawi akan mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September ini.

Pulau Langkawi akan mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September ini. Walau bagaimanapun, para pelancong haruslah memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat. Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

Ini adalah SOP bercuti ke pulau langkawi yang perlu dipatuhi:

  1. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;
  2. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;
  3. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
  4. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;
  5. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;
  6. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:
    • Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;
    • Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;
    • Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
    • Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);
    • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;
    • Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan
    • Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

Rilekk!! Kalau korang malas nak baca panjang-panjang yang atas ni, boleh tengok gambar di bawah

Sumber :

Motac

Leave a Reply